Tuesday, July 6, 2010

KeMelayuan KJ Yang Dah Pudar

Saya tak tidur sebab pagi ini ada mesyuarat penting maraton dari pagi ke petang. Mungkin kerana risau dengan isu dan jangkaan yang akan timbul dalam mesyuarat nanti maka otak dalam saya yang sebelah dalam pun merayau.
::
Tapi selain daripada ehwal mesyuarat, perayauan minda saya juga antaranya ialah mengenai seorang yang saya kenal sebagai KJ.
::
KJ ini kedua-dua ibu bapanya adalah orang Melayu Malaysia. Tapi cara pemikiran dan tindakan KJ tidak menampakkan dia ini Melayu.
::
Dalam banyak isu kelihatan dia telah jauh tersimpang daripada aspirasi orang Melayu. KJ kelihatan tumpul dalam mempertahankan isu-isu berkait Hak-hak Keistimewaan Melayu/Bumiputera malah dia nak orang-orang yang mempertahankan Hak-hak itu dicop sebagai penghasut.
::
Kalau KJ rasa dia tidak lagi boleh mempertahankan kepentingan orang Melayu maka rasanya sudah sampai masa dia secara terbuka mengisytiharkan hubungannya dengan Zaid Ibrahim dan Kalimullah yang dikaitkan dengan RPK.
::
Kemudian KJ boleh dengan secara terhormat menyerahkan jawatan yang ia pegang dalam sebuah organisasi berasaskan Melayu/Bumiputera itu kepada orang yang masih berpegang kepada perjuangan.
::
Percayalah KJ! Dengan anda melakukan sedemikian maka anda akan membina sesuatu yang anda belum miliki - kredibiliti.

Wednesday, June 30, 2010

FELDA: Mazlan Aliman Mencarut Lagi

Harakah Daily menerbitkan kenyataan Mazlan Aliman yang mencabar Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Ahmad Hj Maslan untuk berdebat.
::
Saya tak berminat untuk memberi pendapat samada Datuk Ahmad Maslan patut sambut cabaran Mazlan ini atau tidak. Ini kerana saya masih meragui kefasihan Datuk Ahmad dalam memahami selok-belok dan liku Felda secara yang berwajaran. Ini kerana beliau sehingga hari ini masih gagal mejawab persoalan yang diajukan oleh mantan Timbalan Menteri Tanah & Koperasi Dr Tan Kee Kwong mengenai isu dana RM2.0 bilion untuk Skim Penanaman Semula di Rancangan-rancangan Felda.
::
Apa yang lebih menarik perhatian saya ialah kenyataan Mazlan Aliman yang berikut:

Beliau turut mempertikaikan kewajaran Felda memperuntukkan RM253 juta yang didakwa untuk tabung kemiskinan Sabah, sedangkan anak peneroka di Semenanjung ini pun tidak diberi apa-apa bentuk kebajikan.


"Apa relevannya sebuah negeri seperti Sabah, yang mendapat geran setiap tahun, dalam bajet disalurkan peruntukan sekian banyak, tiba-tiba agensi seperti Felda yang mendapat peruntukan dari kerajaan awal dahulu untuk bantu rakyat, institusi ini pulak bantu kerajaan Sabah?" soalnya lagi.

Saya bukan peneroka Felda dan bukan juga anak peneroka. Tapi rasanya wajar saya kongsikan beberapa maklumat dalam konteks ini untuk menjawab persoalan Mazlan Aliman atas kapasiti saya sebagai anak jati Sabah.
::
Untuk makluman Mazlan Aliman, daripada keluasan 156,903 hektar yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Sabah kepada Felda, seluas 13,748 hektar saja yang diguna-pakai untuk para peneroka termasuk untuk penempatan dan perbandaran.
::
Manakala 108,866 hektar lagi atau 69.38% adalah untuk operasi komersial Felda melalui anak-anak syarikatnya termasuk Felda Plantations Sdn Bhd. Kawasan operasi komersial Felda di Sabah ini mewakili lebih kurang 30% kawasan operasi komersial Felda di seluruh negara.
::
Maknanya secara kasar, setiap seringgit pendapatan komersial Felda, 30 sen disumbangkan oleh operasinya di Sabah.
::
Maka, adakah salah bagi Felda untuk memulangkan sebahagian kecil daripada pendapatan yang ia perolehi daripada operasinya di Sabah kepada rakyat Sabah?
::
Itulah justifikasinya wahai Mazlan Aliman kaki carut!

Monday, July 6, 2009

Ekuinas, Petronas, Penginas....

Di Negeri Di Bawah Bayu, ada satu perkataan Melayu yang digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana seseorang yang mengambil kesempatan untuk menguntungkan dirinya secara berlebihan melalui/terhadap sesuatu keadaan/benda.
:
Kata nama itu adalah Penginas atau sinonim dengan Pelahap. Ianya lebih sedikit keparahannya daripada seorang Oportunis.
:
Atau jika kita ingin aplikasikan dengan keadaan semasa sebagai bayangan, Citramaya OutSyedThe Box ada menulis mengenai Musim Pukul Habis. Dan kalau dibaca bersama dengan Citramaya JebatMustDie dalam Ekuinas Menzahir Objektif Siapa? maka watak Penginas itu akan lebih terserlah lagi sifat-sifatnya.
:
Membaca Citramaya terbaru CheDet, kita agak terkesima dengan perbandingan angka-angka royalti/cukai/dividen Petronas yang diberikan kepada Kerajaan pasca era Tun Dr M. Siapa Penginasnya?
:
Citrawan ini juga percaya bahawa PM Najib mempunyai visi pemerintahan BN kekal melangkaui PRU 13. Tapi adakah sebahagian (yakni para Penginas) orang yang berada di sekelilingnya telah menetapkan agenda bahawa inasan optimum perlu dilakukan sebelum BN ditalkinkan pada PRU 13 nanti?
:
Maka PM Najib perlu lebih jelas apa itu Ekuinas dan bagaimana Petronas.... Yang penting jauhi Penginas. Simpang malaikat 44!

Monday, June 8, 2009

Permohonan Maaf Oleh RPK

Citrawan Raja Petra Kamaruddin telah memohon maaf kepada seseorang bernama Rusdi Mustapha iaitu pemilik Citramaya Seri Menanti.
:
Di dalam komuniti citramaya Malaysiana semua tahu bahawa insiden ini berpunca dari RPK yang telah mendedahkan identiti keluarga Rusdi Mustapha yang RPK dakwakan adalah citrawan Barking Magpie a.k.a. Pasquale.
:
Pada pendapat Loq Otoq, samada Rusdi itu adalah Pasquale atau langsung tiada kaitan, ianya adalah perkara kedua.
:
Isu di sini ialah perbuatan RPK membabitkan ahli-ahli keluarga seseorang citrawan dalam modus operandi peperangannya adalah sesuatu yang secara moralnya salah apatah lagi jika pendedahan itu akan membawa kepada risiko keselamatan ahli-ahli keluarga yang terbabit.
:
Maka adalah sesuatu yang positif bila RPK memohon maaf walaupun kesan 'terlajak kata tak boleh diundur' sudah berlaku (damage has been done), apatah lagi artikel RPK mengenai perkara itu masih boleh dilayari dan tidak dipadam.
:
Semoga pendedahan ahli-ahli keluarga citrawan dalam bentuk tidak sihat sebegini tidak menjadi tren dan permohonan maaf oleh RPK adalah noktah kepada episod gelincir ini.

p/s : Saya bukan polis citramaya dan hanya pemain kecil dalam citramaya, tapi saya ada kebimbangan kerana saya juga ada ahli-ahli keluarga.

Saturday, June 6, 2009

Menterjemah Ketewasan Husam

Hmmmm... Brader Anwar Bin Ibrahim gagal sekali lagi. Ini mungkin kekalahan signifikan beliau selepas Gagasan 16 September.

Cubaan minit terakhir Husam Musa untuk disassociate diri beliau dengan unsur Anwar dengan berkata PAS akan mendapatkan jawatan PM pasca PRU-13 - bagi mempengaruhi kecenderungan perwakilan muktamar yang anti-Anwar - tidak menjadi.

Semua orang - samada di dalam atau di luar perimeter PAS - yang political-conscious sudah maklum akan keakraban Anwar-Husam dan melihat bahawa Husam adalah sel Anwar di dalam PAS.

Keputusan menolak Husam dengan memberikan undi yang besar kepada Nasharuddin adalah testimoni kukuh daripada perwakilan PAS bahawa mereka mahu PAS terus dengan kekuatan sendiri dan bukannya menjadi pemangkin kepada cita-cita peribadi Anwar.

Anwar pastinya terhempap dan terhimpit dengan suara sentimen umum PAS ini dan ini tentulah menggugat harapannya ke Putrajaya. Harapan baru cita Anwar ini dimalapkan lagi apabila 'kubur' (bukan duburnya) cita-citanya itu digali dengan dalam lagi pada Julai ini.

Jom ke Brisbane.... errr maksud saya, jom ke mahkamah.

Monday, May 25, 2009

Serigala Itu Menyalak Lagi

Dia pernah survived daripada racun arsenik yang dibubuh dalam makanan dan minumannya ketika dalam penjara. Dia pernah berlindung di sebuah kedutaan asing kerana nyawanya diancam.
:
Dan kini nyawanya terancam sekali lagi. Malah untuk menemui wartawan asing di dalam negeri dia terpaksa berhadapan dengan risiko nyawanya hilang. Dan kenyataan tentang ancaman terhadap dirinya ini disokong oleh pihak agensi keselamatan daripada tiga buah negara asing.
:
Marilah kita sama-sama meyakini dakwaannya sebagaimana dia berkata "we have the numbers" ketika dia nak jadi Perdana Menteri pada 16 September 2008 dulu.
:
Dan dalam masa yang sama kita beri dia ruang yang seluasnya untuk dia pertahankan diri dalam perbicaraan kesnya di mahkamah pada Julai 2009 ini.
:
Serigala itu menyalak lagi dan lagi....

Saturday, May 23, 2009

Think Outside The (Ballot) Box?

BN tak layan permainan Brader Anwar Bin Ibrahim bagi DUN Penanti. Tapi kini DUN Manik Urai melambai akibat natural cause.

Kalau nak ikut kata Ahmad Maslan, BN kena tanding di Manik Urai.

BN dah buat precedent untuk tidak wajib bertanding Pilihan Raya Kecil dengan keputusan DUN Penanti.

Apakah precedent ini akan menjadi tradisi? Should BN think outside the (ballot) box sementara menanti PRU ke-13?

Impaknya terhadap persepsi rakyat kepada BN memang double-edged sword.