Monday, March 23, 2009

Dia Hulur 5K, Sorang Lagi Up ke 10K

Malam tadi saya lepak lagi dengan beberapa kawan yang jadi G2. Ada di antara mereka yang sudah menetapkan siapakah calon pilihan hati tak kira apa yang datang termasuk jenis ‘bom’ (maaf, cerita ini tak kena-mengena dengan Altantuya).

Ada juga yang masih belum lagi membuat keputusan dan antara angkubah yang diambil kira ialah faktor ‘K’ yang ditawarkan. Oleh kerana saya bukan seorang perwakilan maka saya banyak mendengar (walaupun boleh dikatakan banyak juga bercakap walaupun bukan jentera mana-mana calon. Yalah, kan saya pun ahli UMNO jugak).

Maka berita terkini – sehingga tengah malam tadi – dikhabarkan bahawa ada seorang calon membuat pelaburan terakhir dengan memberi 5K kepada setiap perwakilan. Oleh kerana bahan bukti itu saya tak nampak, maka saya cuma berani berkata ia adalah status ‘perkhabaran’. Tak tahulah pula kalau duit yang digunakan untuk belanja saya minum tadi adalah sebahagian dari 5K tersebut.

Interestingly, another candidate is reported to out-do the bid by offering a staggering 10K. But the offer comes with a proviso. Perwakilan diminta mengangkat sumpah di hadapan calon sebelum 10K itu bertukar tangan. Jika khabar ini betul maka UMNO memang dalam proses kehancuran. Dihancurkan oleh mereka yang mendakwa mampu membawa UMNO kembali menjadi releven pasca Mac 2008.

Jika mana-mana di antara calon yang dikhabarkan menawarkan K-factor ini menjadi pemimpin maka ia mempercepatkan UMNO menjadi pembangkan pada PRU akan datang sebelum diawetkan di dalam muzium.

Tidak kurang menarik juga ialah salah seorang calon lain juga menawarkan pemanis. Dikhabarkan bahawa jenteranya akan mengagih-agihkan t-shirt kempen beliau pada 25 Mac nanti. Itu pun khabarnya jumlahnya terhad (kesian….).

Pada pendapat saya, kalau material kempen seperti ‘calling card’ boleh digunakan maka tak ada salahnya bahan-bahan lain seperti payung, banner, termasuk baju asalkan ianya tidak menghina/memburukkan orang lain dan tidak membazir…..

Kembali kepada cerita 5K10K ni, SPRM belum terhidukah?

Thursday, March 19, 2009

Mati Agen Kerana Prinsipal. Seman Jugak Yang Kenyang...

Si Seman telah merakam perbualan ini dan dia telah menjaja rakaman ini di Chow Kit.

Agen : Wang satu ratus ribu rial ini hanya sebagai pembuka bicara. Prinsipal dah janji kalau dapat pencalonan maka 80 ribu rial lagi akan ditambah.

Klien 1 : Ini sudah cukup bagus… tapi kalau tak dapat pencalonan wang muka ini akan dikembalikankah?

Agen : Tak perlu, Cuma wang 80 ribu rial itu jadi opportunity cost-lah…

Klien 2 : Apa kita nak panggil ganjaran ini, rasuahkah?

Prinsipal A : Bukan, 100 ribu tu pulangan setia, manakala 80 ribu tu bonus kawan.

Si Seman yang juga adalah agen kepada seorang prinsipal B menjadikan rakaman ini sebagai bukti untuk dia demand kepada prinsipal B. Prinsipal B pun naikkan jumlah ganjaran yang ia pakejkan sebagai “Forever Young, Forever Brave”.

Si Seman yang memang dikenali di kampungnya sebagai kaki peras-ugut telah meningkatkan lagi aktivitinya dengan membawa rakaman itu ke suatu Lembaga.

Lembaga kemudiannya…. Cut! Seman makan dulu. Si Seman jugalah yang makan sana, makan sini. Seman, Seman, kau nampak macam bijak. Kau bertanding jugak kan Seman?

Sunday, March 15, 2009

Selambau, Sebatang, Segantang

Rezeki secupak takkan jadi segantang. Betulkah peribahasa ini bertentangan dengan Ajaran Al Quran? Saya tahu jawapannya seperti yang terkandung dalam mesej Surah Al-Ra’ad 13:11. Tapi kefahaman saya mungkin berbeza dengan orang lain.

Bagaimana pula dengan Bukit Gantang? Bukit Selambau? Batang Ai? Yup! Ianya memang bertentangan, tetapi bukan dengan Ajaran Al Quran tetapi pertentangan antara BN dan PR.

Apa relevan perenggan pertama dan kedua? Ada dan tiada bergantung kepada perspektif pembaca masing-masing.

Tapi yang menarik ialah keputusan-keputusan 7 April 2009 dan 28 Mac 2009. Keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) akan mempengaruhi – agak signifikan – kepada sekurang-kurangnya dua kalaupun tidak ketiga-tiga sekali kawasan-kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) berkenaan.

Dan kawasan yang paling terkesan sekali ialah kawasan Parlimen P.59 Bukit Segantang.

Kata kuncinya ialah: UMNO, Najib, BN, Kerajaan Perpaduan (perpaduan?) dan sekali lagi UMNO.

Ceritanya begini…. Cut! Percubaan 1, 2, 3…