Monday, July 6, 2009

Ekuinas, Petronas, Penginas....

Di Negeri Di Bawah Bayu, ada satu perkataan Melayu yang digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana seseorang yang mengambil kesempatan untuk menguntungkan dirinya secara berlebihan melalui/terhadap sesuatu keadaan/benda.
:
Kata nama itu adalah Penginas atau sinonim dengan Pelahap. Ianya lebih sedikit keparahannya daripada seorang Oportunis.
:
Atau jika kita ingin aplikasikan dengan keadaan semasa sebagai bayangan, Citramaya OutSyedThe Box ada menulis mengenai Musim Pukul Habis. Dan kalau dibaca bersama dengan Citramaya JebatMustDie dalam Ekuinas Menzahir Objektif Siapa? maka watak Penginas itu akan lebih terserlah lagi sifat-sifatnya.
:
Membaca Citramaya terbaru CheDet, kita agak terkesima dengan perbandingan angka-angka royalti/cukai/dividen Petronas yang diberikan kepada Kerajaan pasca era Tun Dr M. Siapa Penginasnya?
:
Citrawan ini juga percaya bahawa PM Najib mempunyai visi pemerintahan BN kekal melangkaui PRU 13. Tapi adakah sebahagian (yakni para Penginas) orang yang berada di sekelilingnya telah menetapkan agenda bahawa inasan optimum perlu dilakukan sebelum BN ditalkinkan pada PRU 13 nanti?
:
Maka PM Najib perlu lebih jelas apa itu Ekuinas dan bagaimana Petronas.... Yang penting jauhi Penginas. Simpang malaikat 44!

Monday, June 8, 2009

Permohonan Maaf Oleh RPK

Citrawan Raja Petra Kamaruddin telah memohon maaf kepada seseorang bernama Rusdi Mustapha iaitu pemilik Citramaya Seri Menanti.
:
Di dalam komuniti citramaya Malaysiana semua tahu bahawa insiden ini berpunca dari RPK yang telah mendedahkan identiti keluarga Rusdi Mustapha yang RPK dakwakan adalah citrawan Barking Magpie a.k.a. Pasquale.
:
Pada pendapat Loq Otoq, samada Rusdi itu adalah Pasquale atau langsung tiada kaitan, ianya adalah perkara kedua.
:
Isu di sini ialah perbuatan RPK membabitkan ahli-ahli keluarga seseorang citrawan dalam modus operandi peperangannya adalah sesuatu yang secara moralnya salah apatah lagi jika pendedahan itu akan membawa kepada risiko keselamatan ahli-ahli keluarga yang terbabit.
:
Maka adalah sesuatu yang positif bila RPK memohon maaf walaupun kesan 'terlajak kata tak boleh diundur' sudah berlaku (damage has been done), apatah lagi artikel RPK mengenai perkara itu masih boleh dilayari dan tidak dipadam.
:
Semoga pendedahan ahli-ahli keluarga citrawan dalam bentuk tidak sihat sebegini tidak menjadi tren dan permohonan maaf oleh RPK adalah noktah kepada episod gelincir ini.

p/s : Saya bukan polis citramaya dan hanya pemain kecil dalam citramaya, tapi saya ada kebimbangan kerana saya juga ada ahli-ahli keluarga.

Saturday, June 6, 2009

Menterjemah Ketewasan Husam

Hmmmm... Brader Anwar Bin Ibrahim gagal sekali lagi. Ini mungkin kekalahan signifikan beliau selepas Gagasan 16 September.

Cubaan minit terakhir Husam Musa untuk disassociate diri beliau dengan unsur Anwar dengan berkata PAS akan mendapatkan jawatan PM pasca PRU-13 - bagi mempengaruhi kecenderungan perwakilan muktamar yang anti-Anwar - tidak menjadi.

Semua orang - samada di dalam atau di luar perimeter PAS - yang political-conscious sudah maklum akan keakraban Anwar-Husam dan melihat bahawa Husam adalah sel Anwar di dalam PAS.

Keputusan menolak Husam dengan memberikan undi yang besar kepada Nasharuddin adalah testimoni kukuh daripada perwakilan PAS bahawa mereka mahu PAS terus dengan kekuatan sendiri dan bukannya menjadi pemangkin kepada cita-cita peribadi Anwar.

Anwar pastinya terhempap dan terhimpit dengan suara sentimen umum PAS ini dan ini tentulah menggugat harapannya ke Putrajaya. Harapan baru cita Anwar ini dimalapkan lagi apabila 'kubur' (bukan duburnya) cita-citanya itu digali dengan dalam lagi pada Julai ini.

Jom ke Brisbane.... errr maksud saya, jom ke mahkamah.

Monday, May 25, 2009

Serigala Itu Menyalak Lagi

Dia pernah survived daripada racun arsenik yang dibubuh dalam makanan dan minumannya ketika dalam penjara. Dia pernah berlindung di sebuah kedutaan asing kerana nyawanya diancam.
:
Dan kini nyawanya terancam sekali lagi. Malah untuk menemui wartawan asing di dalam negeri dia terpaksa berhadapan dengan risiko nyawanya hilang. Dan kenyataan tentang ancaman terhadap dirinya ini disokong oleh pihak agensi keselamatan daripada tiga buah negara asing.
:
Marilah kita sama-sama meyakini dakwaannya sebagaimana dia berkata "we have the numbers" ketika dia nak jadi Perdana Menteri pada 16 September 2008 dulu.
:
Dan dalam masa yang sama kita beri dia ruang yang seluasnya untuk dia pertahankan diri dalam perbicaraan kesnya di mahkamah pada Julai 2009 ini.
:
Serigala itu menyalak lagi dan lagi....

Saturday, May 23, 2009

Think Outside The (Ballot) Box?

BN tak layan permainan Brader Anwar Bin Ibrahim bagi DUN Penanti. Tapi kini DUN Manik Urai melambai akibat natural cause.

Kalau nak ikut kata Ahmad Maslan, BN kena tanding di Manik Urai.

BN dah buat precedent untuk tidak wajib bertanding Pilihan Raya Kecil dengan keputusan DUN Penanti.

Apakah precedent ini akan menjadi tradisi? Should BN think outside the (ballot) box sementara menanti PRU ke-13?

Impaknya terhadap persepsi rakyat kepada BN memang double-edged sword.

Meroyan Bila Malaysia Bukan Negara Republik

Bila Mahkamah Tinggi membuat keputusan menyebelahi kes mereka, bukan main tinggi melangit memuji akan peranan mahkamah. Teriakan mereka seolah-olah Malaysia sudah jadi negara republik.

Tapi apabila Mahkamah Rayuan memutuskan sebaliknya, mereka jadi
meroyan dan menghina mahkamah.

Sikap ini sudah dijangka kerana bagi mereka bila demokrasi dan keputusan undang-undang gagal menjadi pletfom kepada keinginan mereka, mereka akan naik minyak.

Saya menjangka jika perbuatan tidak menghormati undang-undang ini oleh sesetengah pihak yang rakus (sila sebut sebagaimana Brader Anwar Bin Ibrahim menyebutnya.... rrrrrakus), maka tidak lama lagi jalan-jalan raya di Malaysia akan didalangi oleh pedestrian yang lebih kebal dari kenderaan bermotor.

Yo! Hishamuddin, bila lagi Bro? Bukan nak suruh Bro salah-gunakan kuasa, tapi siap siaga kuat-kuasakan undang-undang yang ada. Loq otoq saya meramalkan Sulaiman Abdullah akan take-over jadi kepala jalan kepada HINDRAF... kikikikik.

Thursday, May 21, 2009

Peranan Dr M: Rakyat Jadi Penanti

Antara rasional yang dikemukakan oleh PM Najib sebab BN tidak menyertai PRK DUN Penanti ialah pemulihan ekonomi. Yup! Daripada menari mengikut rentak permainan Brader Anwar Bin Ibrahim, lagi baik BN tumpukan kepada benafaat yang lebih besar.


Tapi, apa perkembangan semasa usaha pemulihan ekonomi kita sekarang? Alhamdulilah-lah kalau dah ada tanda-tanda pemulihan itu. Harap-harap ekonomi kita tak jadi macam Singapura yang menguncup dalam kadar yang tinggi macam kena virus H1N1.


Kita bukan saja mengharapkan tak terjangkit dengan masalah Singapura ini tapi juga berharap Singapura akan cepat sembuh. Gesture of goodwill? Not really. Masalahnya Singapura adalah rakan dagang kita yang utama. Singapura yang sakit tidak baik untuk Malaysia.


Kembali kepada tajuk. Hari itu ada ura-ura ada beberapa nama termasuk nama Tun Dr M yang wajar diajak peranan mereka dalam usaha Kerajaan memulihkan ekonomi. Track-record Tun Dr M berjaya mengharungi dua krisis ekonomi yang besar adalah sesuatu yang tidak boleh diabaikan selagi beliau masih mampu menyumbangkan buah fikiran dan pengalamannya.

Wahai Najib, gunakanlah segala sumber-sumber yang ada dan mungkin strategi, kaedah dan pendekatan unorthodoks yang Tun Dr M biasa aplikasi-kan adalah
'tombo ati' ekonomi yang mujarab.


Maka untuk peranan aktif Tun Dr M ini, rakyat terus menjadi penanti.

Monday, May 18, 2009

Saman Anifah Untuk Jaga Hati Jeffrey Kitingan

Misteri kenapa Brader Anwar Bin Ibrahim hanya hendak menutup mulut Anifah Aman (sahaja) kini terjawab.

Terima kasih kepada Citrawan Hantu Laut yang telah
membuat sedikit homework.

Memang benarlah kenapa Anwar patut marah kepada Anifah. Ini kerana Anwar juga dan telah terlebih dahulu menjanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Walaupun Dr Jeffrey kalah dalam pertandingan Pilihan Raya Mac 2008, namun jika Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Persekutuan (melalui Projek 16 September - kikikikik) maka Dr Jeffrey boleh saja dilantik menjadi Senator untuk seterusnya dilantik sebagai TPM.

Maka pendedahan Anifah ini bukan saja akan menunjukkan betapa Anwar sanggup membelakangkan Dr Jeffrey (orang kanan PKR di Sabah), malah mengundang krisis terbaru PKR di Sabah.

Sudah tentu Dr Jeffrey akan marah jika Anifah Aman dilantik menjadi TPM dan beliau hanya sebagai penonton. Oleh kerana Projek 16 September tak menjadi tapi idea menjadikan orang lain selain dirinya (Jeffrey) sebagai TPM tentulah menunjukkan yang peranan Jeffrey di Sabah sebagai insinuasi tak kritikal (tidak seperti yang Dr Jeffrey sangkakan selama ini).

Yo! Dr Jeff, you are secondary to many in Anwar's grand scheme.... kikikikikik.

Sunday, May 17, 2009

Anwar, Kenapa Nak Saman Seorang Saja?

Tahun lepas Hassan Malek buat pengakuan. Beberapa minggu lepas Puad Zarkashi pula. Kali ini Anifah Aman.

Dah tiga orang Ahli Parlimen BN daripada Umno buat 'pembohongan'. Hmmm... tiga MP 'berbohong' perkara yang sama.

Hanya satu cara saja menelanjangkan mereka ini. Tidak lain tidak bukan dengan membawa ketiga-tiganya ke mahkamah dengan saman fitnah. Orang yang ada locus standi untuk maksud ini tidak lain dan tidak bukan Brader Anwar Bin Ibrahim yang di'mangsa'kan.

Wahai Brader Anwar, mengapa nak saman seorang saja? Apakah ini bermakna Anifah seorang saja yang 'berbohong' dan yang dua lagi itu bercakap benar?

Wahai Brader Anwar, you have proven to us that you don't have the numbers as you have had claimed. But do you have the balls to prove the three as liars?

Monday, May 11, 2009

Penyokong BN Halang Kereta Hakim?

Tidak! Itu bukan tabiat penyokong BN sebagai reaksi kepada keputusan Mahkamah Tinggi mengenai siapa Menteri Besar Perak yang diputuskan petang tadi. It is not even a last resort.

Juga dilaporkan oleh Blog Parpukari bahawa sekitar jam 6:30 petang tadi Dr Zambry Abd Kadir sedang mengosongkan Pejabat Menteri Besar dengan tenang. Zambry juga dilaporkan sebagai berkata "menerima keputusan mahkamah dengan hati dan fikiran terbuka".

Hakim Datuk Abd Aziz Rahim antara lain memutuskan bahawa selagi tidak ada proses undi tidak percaya di dalam Dewan Undangan Negeri Perak maka Nizar Jamaluddin masih kekal sebagai Menteri Besar.

Yang pasti Hakim berkenaan tidak ada memutuskan supaya DUN perlu dibubarkan. Walaupun begitu, Nizar dilaporkan akan menghadap Sultan Perak untuk memohon perkenanan pembubaran DUN.

Sekiranya Tuanku Sultan Perak tidak memperkenankan (sekali lagi) permintaan pembubaran itu maka pintu untuk persidangan DUN bagi mengukur majoriti akan terbuka luas - suatu opsyen yang amat wajar, jimat wang dan paling cepat menyelesaikan kemelut politik Perak.

Yang pasti tidak ada penyokong BN yang menghalang kereta hakim dan baring di atas jalan raya.

Friday, May 8, 2009

Bagaimana Teknik Terbaik Mengalihkan Siva?

Dan begitulah pembangkang: Kit Siang et al. Mereka mengalihkan pandangan rakyat daripada isu asasi dengan menggunakan teknik ilusi.
:
Mantan Speaker Perak Sivakumar dialihkan/disingkirkan daripada jawatannya dengan suara majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri Perak dan bukan pada persidangan di bawah pokok. Apabila Siva tidak mahu berganjak (setelah dialihkan mengikut peraturan DUN) dari tempat duduk Speaker walaupun telah diarahkan berkali-kali oleh Timbalan Speaker, apa yang perlu dibuat?
:
Sudah tentulah ini tugas para bentara DUN dan tidak salah bagi mereka untuk meminta bantuan polis (penguasa undang-undang) bagi membantu mereka secara kudrat.
:
Samada Siva tertonggek, terheret, lantaran dia mengeraskan tubuh badannya itu adalah kejadian kolateral. Aksi Siva adalah hukum cause and effect. Dia perlu dialihkan secara fizikal setelah dia dialihkan secara undian.
:
Maka, kenapakah pihak pembangkang berkeras membayangkan bahawa perbuatan bentara (dan anggota polis yang membantu mereka) melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai perbuatan tidak demokratik?
:
Jelaslah bahawa DAP tidak membayangkan Democratic Action Party tapi lebih kepada Demokeras Aksyen Pembangkang.

Thursday, May 7, 2009

Rule Of What? I Beg Your Pardon...

Rule of Law... itulah yang biasa kita dengar dari peguam, ahli politik dan semua orang yang biasa dengannya.
~
Tapi paling lumrah saya dengar sejak saya di bangku sekolah menengah lagi, ianya datang dari satu seksyen politik iaitu apa yang dipanggil sebagai pembangkang di negara kita. Ianya sering datang dari mereka seolah membayangkan bahawa pelaku-langgar rule of law ini ialah pihak parti Barisan Nasional (BN).
~
Ironinya, pembangkang sekali lagi membuktikan bahawa pelanggaran rule of law ini bukan kebiasaan bagi BN, tetapi lebih kerap dilakukan oleh pembangkang sendiri. Buktinya ialah Sidang Dewan Undangan Negeri Perak pada hari ini 7 Mei 2009.
~
Persidangan hari ini membuka lembaran baru dalam sejarah mana-mana persidangan Dewan di Malaysia, ia malah memecahkan mana-mana rekod yang pernah dicatatkan di Dewan Rakyat sekalipun.
~
Catatan kekecohan tak perlulah saya notakan kerana jika kita masuk saja blog roll citrawan A Voice, Another Brick In The Wall pasti anda akan temui catatan yang cukup banyak untuk dibuat rujukan.
~
Apa yang saya nak ajukan di sini ialah kegagalan nyata pihak pembangkang di DUN Perak (DAP, PAS dan PKR) untuk menjunjung maxim Rule of Law ini. Mereka telah dengan buta demokrasi memijak prinsip-prinsip keputusan majoriti (oleh ahli-ahli Dewan), peraturan persidangan DUN Perak, bahkan konvensyen juga common sense.
~
Lantaran keghairahan mengambil kembali kuasa yang telah luntur akibat kehilangan majoriti di dalam DUN Perak, pembangkang menjadi alpa akan perkara asas mengenai demokrasi dan perimeternya.
~
Mereka lupa bahawa majority rules adalah tunggak demokrasi. Mereka lupa bahawa jawatan Speaker adalah kapasiti yang dilantik oleh DUN melalui usul dan undian. Mereka juga lupa bahawa jika sesuatu entiti itu - samada bertulis dalam peraturan, dan/atau secara konvensional dan/atau common sense - ada kuasa melantik maka ia (entiti) juga ada kuasa untuk memecat.
~
Mantan Speaker Sivakumar dipilih secara majoriti oleh Dewan dan Dewan yang sama juga telah melucutkan jawatan itu daripadanya secara undi majoriti. So, what's the beef?
~
Say what? Rule of law? I beg your pardon, Kit Siang et al.

Thursday, April 23, 2009

Now, What Constitutes A Proceeding?

I am not a lawyer and neither am I an ex-judge. So what I may say here may not be of any legal value. But to quote Lord Atkin - as quoted by N H Chan, (a former judge I believe to be) in his recent article which was further quoted by Lim Kit Siang in his (Kit Siang) latest write-up - in that:

"Justice is not a cloistered virtue: she must be allowed to suffer the scrutiny and respectful, even though outspoken, comments of ordinary men".

Being an ordinary man, as expounded by Lord Atkin and further reaffirmed by N H Chan, I do have some authority to have my say.

In rebutting Nazri Aziz, the de-facto Law Minister, Chan pointed that Article 72(1) of the Federal Constitution is a sanction for Perak State Assembly Speaker, Sivakumar to do as he wishes including to suspend the Perak MB Zambry Abd Kadir from the DUN sitting. Do read what Chan has said to put things in context. Below is letter of Article 72(1):

72. (1) The validity of any proceedings in the Legislative Assembly of any State shall not be questioned in any court.

If I may ask, does a decision made outside the sitting of the DUN constitute a proceeding of the Legislative Assembly concerned?

If that's the case thenI wanted more to be a Speaker rather than an MB/CM. I'd suspend the Chief Executive of the State from the DUN and approve bills at my whim and fancy.

Wednesday, April 22, 2009

Penantian Penanti

Tanding atau tidak? Semua pihak - yang masih ada tenaga mengikuti perkembangan politik tanah air - sedang menunggu keputusan daripada YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional merangkap Presiden UMNO.

Tahap keghairahan 'semua pihak' itu tidak sama kecuali mungkin Brader Anwar Bin Ibrahim yang sentiasa ghairah duarah : menang tanpa bertanding atau menang dengan bertanding, dua-dua pun Anwar tahu PKR sudah 'masuk'.

Bagi (pertubuhan tak berdaftar) Pakatan Rakyat, samada PKR dan DAP bertelagah, Penanti is a shoo-in, sure win. Bagi mereka - jika ada pertandingan - menang sudah pasti, cuma jumlah undi majoriti yang diperolehi saja belum tahu.

Andainya ada pertandingan dan BN menyertainya apakah hikmah yang boleh dilelas daripada satu lagi kekalahan yang sudah pasti? Barangkali cuma satu indikasi, yakni sejauh mana momentum kepulangan majoriti pengundi Melayu ke pangkuan UMNO-BN.

Tren peralihan pengundi Melayu ini yang terpercik di Bukit Gantang entah dapat dilestarikan oleh BN apatah lagi bila impak pelantikan Najib sebagai PM sepatutnya sudah meresapi ke minda pengundi Melayu.

Bolehlah dikatakan bahawa antara cerapan di Bukit Gantang ialah lebih 6 tapi tak sampai 7 daripada setiap 10 orang pengundi Melayu telah memangkah BN. Ianya tidak mencukupi walaupun peratusan pengundi Melayu melebihi 60% daripada jumlah keseluruhan pengundi yang berdaftar.

Apakah maknanya itu bagi UMNO-BN? Yang jelas UMNO-BN masih memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 40 hingga 50% pengundi bukan-Melayu untuk ia memenangi sesuatu kerusi. Ini kerana secara realiti - dulu, kini dan selamanya - UMNO tidak akan mencapai 80% sokongan pengundi Melayu dan yang optimum ia boleh rangkum sekalipun ialah sejauh 75%.

Realitinya UMNO tidak boleh berdiri sendiri dengan mengabaikan peranan parti-parti komponen lain seperti MCA, MIC dan Gerakan (di Semenanjung).

Persoalannya, bagaimanakah MCA, MIC dan Gerakan boleh menjadi rakan kongsi yang efektif kala genting ini? Mereka perlu bermula dengan melihat di dalam diri mereka sendiri dan berhenti dari terus khayal dalam sindrom penafian.

Najib dah bagi muka kepada MCA dan Gerakan dalam pembentukan kabinet pentadbirannya yang julung kali. Jadi, sudah bersediakan mereka untuk membalas budi itu?

Maka, selain kita menanti keputusan BN mengenai penyertaan dalam DUN Penanti, kita juga menanti respon MCA dan Gerakan terutamanya.

P/S Meantime Samy, take a permanent vacation and leave MIC to the next able leader, until then don't expect Najib to be all ears to MIC's demand.

Monday, March 23, 2009

Dia Hulur 5K, Sorang Lagi Up ke 10K

Malam tadi saya lepak lagi dengan beberapa kawan yang jadi G2. Ada di antara mereka yang sudah menetapkan siapakah calon pilihan hati tak kira apa yang datang termasuk jenis ‘bom’ (maaf, cerita ini tak kena-mengena dengan Altantuya).

Ada juga yang masih belum lagi membuat keputusan dan antara angkubah yang diambil kira ialah faktor ‘K’ yang ditawarkan. Oleh kerana saya bukan seorang perwakilan maka saya banyak mendengar (walaupun boleh dikatakan banyak juga bercakap walaupun bukan jentera mana-mana calon. Yalah, kan saya pun ahli UMNO jugak).

Maka berita terkini – sehingga tengah malam tadi – dikhabarkan bahawa ada seorang calon membuat pelaburan terakhir dengan memberi 5K kepada setiap perwakilan. Oleh kerana bahan bukti itu saya tak nampak, maka saya cuma berani berkata ia adalah status ‘perkhabaran’. Tak tahulah pula kalau duit yang digunakan untuk belanja saya minum tadi adalah sebahagian dari 5K tersebut.

Interestingly, another candidate is reported to out-do the bid by offering a staggering 10K. But the offer comes with a proviso. Perwakilan diminta mengangkat sumpah di hadapan calon sebelum 10K itu bertukar tangan. Jika khabar ini betul maka UMNO memang dalam proses kehancuran. Dihancurkan oleh mereka yang mendakwa mampu membawa UMNO kembali menjadi releven pasca Mac 2008.

Jika mana-mana di antara calon yang dikhabarkan menawarkan K-factor ini menjadi pemimpin maka ia mempercepatkan UMNO menjadi pembangkan pada PRU akan datang sebelum diawetkan di dalam muzium.

Tidak kurang menarik juga ialah salah seorang calon lain juga menawarkan pemanis. Dikhabarkan bahawa jenteranya akan mengagih-agihkan t-shirt kempen beliau pada 25 Mac nanti. Itu pun khabarnya jumlahnya terhad (kesian….).

Pada pendapat saya, kalau material kempen seperti ‘calling card’ boleh digunakan maka tak ada salahnya bahan-bahan lain seperti payung, banner, termasuk baju asalkan ianya tidak menghina/memburukkan orang lain dan tidak membazir…..

Kembali kepada cerita 5K10K ni, SPRM belum terhidukah?

Thursday, March 19, 2009

Mati Agen Kerana Prinsipal. Seman Jugak Yang Kenyang...

Si Seman telah merakam perbualan ini dan dia telah menjaja rakaman ini di Chow Kit.

Agen : Wang satu ratus ribu rial ini hanya sebagai pembuka bicara. Prinsipal dah janji kalau dapat pencalonan maka 80 ribu rial lagi akan ditambah.

Klien 1 : Ini sudah cukup bagus… tapi kalau tak dapat pencalonan wang muka ini akan dikembalikankah?

Agen : Tak perlu, Cuma wang 80 ribu rial itu jadi opportunity cost-lah…

Klien 2 : Apa kita nak panggil ganjaran ini, rasuahkah?

Prinsipal A : Bukan, 100 ribu tu pulangan setia, manakala 80 ribu tu bonus kawan.

Si Seman yang juga adalah agen kepada seorang prinsipal B menjadikan rakaman ini sebagai bukti untuk dia demand kepada prinsipal B. Prinsipal B pun naikkan jumlah ganjaran yang ia pakejkan sebagai “Forever Young, Forever Brave”.

Si Seman yang memang dikenali di kampungnya sebagai kaki peras-ugut telah meningkatkan lagi aktivitinya dengan membawa rakaman itu ke suatu Lembaga.

Lembaga kemudiannya…. Cut! Seman makan dulu. Si Seman jugalah yang makan sana, makan sini. Seman, Seman, kau nampak macam bijak. Kau bertanding jugak kan Seman?

Sunday, March 15, 2009

Selambau, Sebatang, Segantang

Rezeki secupak takkan jadi segantang. Betulkah peribahasa ini bertentangan dengan Ajaran Al Quran? Saya tahu jawapannya seperti yang terkandung dalam mesej Surah Al-Ra’ad 13:11. Tapi kefahaman saya mungkin berbeza dengan orang lain.

Bagaimana pula dengan Bukit Gantang? Bukit Selambau? Batang Ai? Yup! Ianya memang bertentangan, tetapi bukan dengan Ajaran Al Quran tetapi pertentangan antara BN dan PR.

Apa relevan perenggan pertama dan kedua? Ada dan tiada bergantung kepada perspektif pembaca masing-masing.

Tapi yang menarik ialah keputusan-keputusan 7 April 2009 dan 28 Mac 2009. Keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) akan mempengaruhi – agak signifikan – kepada sekurang-kurangnya dua kalaupun tidak ketiga-tiga sekali kawasan-kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) berkenaan.

Dan kawasan yang paling terkesan sekali ialah kawasan Parlimen P.59 Bukit Segantang.

Kata kuncinya ialah: UMNO, Najib, BN, Kerajaan Perpaduan (perpaduan?) dan sekali lagi UMNO.

Ceritanya begini…. Cut! Percubaan 1, 2, 3…