Thursday, May 7, 2009

Rule Of What? I Beg Your Pardon...

Rule of Law... itulah yang biasa kita dengar dari peguam, ahli politik dan semua orang yang biasa dengannya.
~
Tapi paling lumrah saya dengar sejak saya di bangku sekolah menengah lagi, ianya datang dari satu seksyen politik iaitu apa yang dipanggil sebagai pembangkang di negara kita. Ianya sering datang dari mereka seolah membayangkan bahawa pelaku-langgar rule of law ini ialah pihak parti Barisan Nasional (BN).
~
Ironinya, pembangkang sekali lagi membuktikan bahawa pelanggaran rule of law ini bukan kebiasaan bagi BN, tetapi lebih kerap dilakukan oleh pembangkang sendiri. Buktinya ialah Sidang Dewan Undangan Negeri Perak pada hari ini 7 Mei 2009.
~
Persidangan hari ini membuka lembaran baru dalam sejarah mana-mana persidangan Dewan di Malaysia, ia malah memecahkan mana-mana rekod yang pernah dicatatkan di Dewan Rakyat sekalipun.
~
Catatan kekecohan tak perlulah saya notakan kerana jika kita masuk saja blog roll citrawan A Voice, Another Brick In The Wall pasti anda akan temui catatan yang cukup banyak untuk dibuat rujukan.
~
Apa yang saya nak ajukan di sini ialah kegagalan nyata pihak pembangkang di DUN Perak (DAP, PAS dan PKR) untuk menjunjung maxim Rule of Law ini. Mereka telah dengan buta demokrasi memijak prinsip-prinsip keputusan majoriti (oleh ahli-ahli Dewan), peraturan persidangan DUN Perak, bahkan konvensyen juga common sense.
~
Lantaran keghairahan mengambil kembali kuasa yang telah luntur akibat kehilangan majoriti di dalam DUN Perak, pembangkang menjadi alpa akan perkara asas mengenai demokrasi dan perimeternya.
~
Mereka lupa bahawa majority rules adalah tunggak demokrasi. Mereka lupa bahawa jawatan Speaker adalah kapasiti yang dilantik oleh DUN melalui usul dan undian. Mereka juga lupa bahawa jika sesuatu entiti itu - samada bertulis dalam peraturan, dan/atau secara konvensional dan/atau common sense - ada kuasa melantik maka ia (entiti) juga ada kuasa untuk memecat.
~
Mantan Speaker Sivakumar dipilih secara majoriti oleh Dewan dan Dewan yang sama juga telah melucutkan jawatan itu daripadanya secara undi majoriti. So, what's the beef?
~
Say what? Rule of law? I beg your pardon, Kit Siang et al.

No comments:

Post a Comment