Monday, May 11, 2009

Penyokong BN Halang Kereta Hakim?

Tidak! Itu bukan tabiat penyokong BN sebagai reaksi kepada keputusan Mahkamah Tinggi mengenai siapa Menteri Besar Perak yang diputuskan petang tadi. It is not even a last resort.

Juga dilaporkan oleh Blog Parpukari bahawa sekitar jam 6:30 petang tadi Dr Zambry Abd Kadir sedang mengosongkan Pejabat Menteri Besar dengan tenang. Zambry juga dilaporkan sebagai berkata "menerima keputusan mahkamah dengan hati dan fikiran terbuka".

Hakim Datuk Abd Aziz Rahim antara lain memutuskan bahawa selagi tidak ada proses undi tidak percaya di dalam Dewan Undangan Negeri Perak maka Nizar Jamaluddin masih kekal sebagai Menteri Besar.

Yang pasti Hakim berkenaan tidak ada memutuskan supaya DUN perlu dibubarkan. Walaupun begitu, Nizar dilaporkan akan menghadap Sultan Perak untuk memohon perkenanan pembubaran DUN.

Sekiranya Tuanku Sultan Perak tidak memperkenankan (sekali lagi) permintaan pembubaran itu maka pintu untuk persidangan DUN bagi mengukur majoriti akan terbuka luas - suatu opsyen yang amat wajar, jimat wang dan paling cepat menyelesaikan kemelut politik Perak.

Yang pasti tidak ada penyokong BN yang menghalang kereta hakim dan baring di atas jalan raya.

No comments:

Post a Comment