Monday, June 8, 2009

Permohonan Maaf Oleh RPK

Citrawan Raja Petra Kamaruddin telah memohon maaf kepada seseorang bernama Rusdi Mustapha iaitu pemilik Citramaya Seri Menanti.
:
Di dalam komuniti citramaya Malaysiana semua tahu bahawa insiden ini berpunca dari RPK yang telah mendedahkan identiti keluarga Rusdi Mustapha yang RPK dakwakan adalah citrawan Barking Magpie a.k.a. Pasquale.
:
Pada pendapat Loq Otoq, samada Rusdi itu adalah Pasquale atau langsung tiada kaitan, ianya adalah perkara kedua.
:
Isu di sini ialah perbuatan RPK membabitkan ahli-ahli keluarga seseorang citrawan dalam modus operandi peperangannya adalah sesuatu yang secara moralnya salah apatah lagi jika pendedahan itu akan membawa kepada risiko keselamatan ahli-ahli keluarga yang terbabit.
:
Maka adalah sesuatu yang positif bila RPK memohon maaf walaupun kesan 'terlajak kata tak boleh diundur' sudah berlaku (damage has been done), apatah lagi artikel RPK mengenai perkara itu masih boleh dilayari dan tidak dipadam.
:
Semoga pendedahan ahli-ahli keluarga citrawan dalam bentuk tidak sihat sebegini tidak menjadi tren dan permohonan maaf oleh RPK adalah noktah kepada episod gelincir ini.

p/s : Saya bukan polis citramaya dan hanya pemain kecil dalam citramaya, tapi saya ada kebimbangan kerana saya juga ada ahli-ahli keluarga.

No comments:

Post a Comment