Wednesday, April 22, 2009

Penantian Penanti

Tanding atau tidak? Semua pihak - yang masih ada tenaga mengikuti perkembangan politik tanah air - sedang menunggu keputusan daripada YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional merangkap Presiden UMNO.

Tahap keghairahan 'semua pihak' itu tidak sama kecuali mungkin Brader Anwar Bin Ibrahim yang sentiasa ghairah duarah : menang tanpa bertanding atau menang dengan bertanding, dua-dua pun Anwar tahu PKR sudah 'masuk'.

Bagi (pertubuhan tak berdaftar) Pakatan Rakyat, samada PKR dan DAP bertelagah, Penanti is a shoo-in, sure win. Bagi mereka - jika ada pertandingan - menang sudah pasti, cuma jumlah undi majoriti yang diperolehi saja belum tahu.

Andainya ada pertandingan dan BN menyertainya apakah hikmah yang boleh dilelas daripada satu lagi kekalahan yang sudah pasti? Barangkali cuma satu indikasi, yakni sejauh mana momentum kepulangan majoriti pengundi Melayu ke pangkuan UMNO-BN.

Tren peralihan pengundi Melayu ini yang terpercik di Bukit Gantang entah dapat dilestarikan oleh BN apatah lagi bila impak pelantikan Najib sebagai PM sepatutnya sudah meresapi ke minda pengundi Melayu.

Bolehlah dikatakan bahawa antara cerapan di Bukit Gantang ialah lebih 6 tapi tak sampai 7 daripada setiap 10 orang pengundi Melayu telah memangkah BN. Ianya tidak mencukupi walaupun peratusan pengundi Melayu melebihi 60% daripada jumlah keseluruhan pengundi yang berdaftar.

Apakah maknanya itu bagi UMNO-BN? Yang jelas UMNO-BN masih memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 40 hingga 50% pengundi bukan-Melayu untuk ia memenangi sesuatu kerusi. Ini kerana secara realiti - dulu, kini dan selamanya - UMNO tidak akan mencapai 80% sokongan pengundi Melayu dan yang optimum ia boleh rangkum sekalipun ialah sejauh 75%.

Realitinya UMNO tidak boleh berdiri sendiri dengan mengabaikan peranan parti-parti komponen lain seperti MCA, MIC dan Gerakan (di Semenanjung).

Persoalannya, bagaimanakah MCA, MIC dan Gerakan boleh menjadi rakan kongsi yang efektif kala genting ini? Mereka perlu bermula dengan melihat di dalam diri mereka sendiri dan berhenti dari terus khayal dalam sindrom penafian.

Najib dah bagi muka kepada MCA dan Gerakan dalam pembentukan kabinet pentadbirannya yang julung kali. Jadi, sudah bersediakan mereka untuk membalas budi itu?

Maka, selain kita menanti keputusan BN mengenai penyertaan dalam DUN Penanti, kita juga menanti respon MCA dan Gerakan terutamanya.

P/S Meantime Samy, take a permanent vacation and leave MIC to the next able leader, until then don't expect Najib to be all ears to MIC's demand.

1 comment:

  1. You are on my blog. Rajin2 update. Lama2 orang akan ketahuan.

    ReplyDelete