Monday, July 6, 2009

Ekuinas, Petronas, Penginas....

Di Negeri Di Bawah Bayu, ada satu perkataan Melayu yang digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana seseorang yang mengambil kesempatan untuk menguntungkan dirinya secara berlebihan melalui/terhadap sesuatu keadaan/benda.
:
Kata nama itu adalah Penginas atau sinonim dengan Pelahap. Ianya lebih sedikit keparahannya daripada seorang Oportunis.
:
Atau jika kita ingin aplikasikan dengan keadaan semasa sebagai bayangan, Citramaya OutSyedThe Box ada menulis mengenai Musim Pukul Habis. Dan kalau dibaca bersama dengan Citramaya JebatMustDie dalam Ekuinas Menzahir Objektif Siapa? maka watak Penginas itu akan lebih terserlah lagi sifat-sifatnya.
:
Membaca Citramaya terbaru CheDet, kita agak terkesima dengan perbandingan angka-angka royalti/cukai/dividen Petronas yang diberikan kepada Kerajaan pasca era Tun Dr M. Siapa Penginasnya?
:
Citrawan ini juga percaya bahawa PM Najib mempunyai visi pemerintahan BN kekal melangkaui PRU 13. Tapi adakah sebahagian (yakni para Penginas) orang yang berada di sekelilingnya telah menetapkan agenda bahawa inasan optimum perlu dilakukan sebelum BN ditalkinkan pada PRU 13 nanti?
:
Maka PM Najib perlu lebih jelas apa itu Ekuinas dan bagaimana Petronas.... Yang penting jauhi Penginas. Simpang malaikat 44!