Wednesday, June 30, 2010

FELDA: Mazlan Aliman Mencarut Lagi

Harakah Daily menerbitkan kenyataan Mazlan Aliman yang mencabar Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Ahmad Hj Maslan untuk berdebat.
::
Saya tak berminat untuk memberi pendapat samada Datuk Ahmad Maslan patut sambut cabaran Mazlan ini atau tidak. Ini kerana saya masih meragui kefasihan Datuk Ahmad dalam memahami selok-belok dan liku Felda secara yang berwajaran. Ini kerana beliau sehingga hari ini masih gagal mejawab persoalan yang diajukan oleh mantan Timbalan Menteri Tanah & Koperasi Dr Tan Kee Kwong mengenai isu dana RM2.0 bilion untuk Skim Penanaman Semula di Rancangan-rancangan Felda.
::
Apa yang lebih menarik perhatian saya ialah kenyataan Mazlan Aliman yang berikut:

Beliau turut mempertikaikan kewajaran Felda memperuntukkan RM253 juta yang didakwa untuk tabung kemiskinan Sabah, sedangkan anak peneroka di Semenanjung ini pun tidak diberi apa-apa bentuk kebajikan.


"Apa relevannya sebuah negeri seperti Sabah, yang mendapat geran setiap tahun, dalam bajet disalurkan peruntukan sekian banyak, tiba-tiba agensi seperti Felda yang mendapat peruntukan dari kerajaan awal dahulu untuk bantu rakyat, institusi ini pulak bantu kerajaan Sabah?" soalnya lagi.

Saya bukan peneroka Felda dan bukan juga anak peneroka. Tapi rasanya wajar saya kongsikan beberapa maklumat dalam konteks ini untuk menjawab persoalan Mazlan Aliman atas kapasiti saya sebagai anak jati Sabah.
::
Untuk makluman Mazlan Aliman, daripada keluasan 156,903 hektar yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Sabah kepada Felda, seluas 13,748 hektar saja yang diguna-pakai untuk para peneroka termasuk untuk penempatan dan perbandaran.
::
Manakala 108,866 hektar lagi atau 69.38% adalah untuk operasi komersial Felda melalui anak-anak syarikatnya termasuk Felda Plantations Sdn Bhd. Kawasan operasi komersial Felda di Sabah ini mewakili lebih kurang 30% kawasan operasi komersial Felda di seluruh negara.
::
Maknanya secara kasar, setiap seringgit pendapatan komersial Felda, 30 sen disumbangkan oleh operasinya di Sabah.
::
Maka, adakah salah bagi Felda untuk memulangkan sebahagian kecil daripada pendapatan yang ia perolehi daripada operasinya di Sabah kepada rakyat Sabah?
::
Itulah justifikasinya wahai Mazlan Aliman kaki carut!

No comments:

Post a Comment