Monday, May 18, 2009

Saman Anifah Untuk Jaga Hati Jeffrey Kitingan

Misteri kenapa Brader Anwar Bin Ibrahim hanya hendak menutup mulut Anifah Aman (sahaja) kini terjawab.

Terima kasih kepada Citrawan Hantu Laut yang telah
membuat sedikit homework.

Memang benarlah kenapa Anwar patut marah kepada Anifah. Ini kerana Anwar juga dan telah terlebih dahulu menjanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Walaupun Dr Jeffrey kalah dalam pertandingan Pilihan Raya Mac 2008, namun jika Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Persekutuan (melalui Projek 16 September - kikikikik) maka Dr Jeffrey boleh saja dilantik menjadi Senator untuk seterusnya dilantik sebagai TPM.

Maka pendedahan Anifah ini bukan saja akan menunjukkan betapa Anwar sanggup membelakangkan Dr Jeffrey (orang kanan PKR di Sabah), malah mengundang krisis terbaru PKR di Sabah.

Sudah tentu Dr Jeffrey akan marah jika Anifah Aman dilantik menjadi TPM dan beliau hanya sebagai penonton. Oleh kerana Projek 16 September tak menjadi tapi idea menjadikan orang lain selain dirinya (Jeffrey) sebagai TPM tentulah menunjukkan yang peranan Jeffrey di Sabah sebagai insinuasi tak kritikal (tidak seperti yang Dr Jeffrey sangkakan selama ini).

Yo! Dr Jeff, you are secondary to many in Anwar's grand scheme.... kikikikikik.

Sunday, May 17, 2009

Anwar, Kenapa Nak Saman Seorang Saja?

Tahun lepas Hassan Malek buat pengakuan. Beberapa minggu lepas Puad Zarkashi pula. Kali ini Anifah Aman.

Dah tiga orang Ahli Parlimen BN daripada Umno buat 'pembohongan'. Hmmm... tiga MP 'berbohong' perkara yang sama.

Hanya satu cara saja menelanjangkan mereka ini. Tidak lain tidak bukan dengan membawa ketiga-tiganya ke mahkamah dengan saman fitnah. Orang yang ada locus standi untuk maksud ini tidak lain dan tidak bukan Brader Anwar Bin Ibrahim yang di'mangsa'kan.

Wahai Brader Anwar, mengapa nak saman seorang saja? Apakah ini bermakna Anifah seorang saja yang 'berbohong' dan yang dua lagi itu bercakap benar?

Wahai Brader Anwar, you have proven to us that you don't have the numbers as you have had claimed. But do you have the balls to prove the three as liars?

Monday, May 11, 2009

Penyokong BN Halang Kereta Hakim?

Tidak! Itu bukan tabiat penyokong BN sebagai reaksi kepada keputusan Mahkamah Tinggi mengenai siapa Menteri Besar Perak yang diputuskan petang tadi. It is not even a last resort.

Juga dilaporkan oleh Blog Parpukari bahawa sekitar jam 6:30 petang tadi Dr Zambry Abd Kadir sedang mengosongkan Pejabat Menteri Besar dengan tenang. Zambry juga dilaporkan sebagai berkata "menerima keputusan mahkamah dengan hati dan fikiran terbuka".

Hakim Datuk Abd Aziz Rahim antara lain memutuskan bahawa selagi tidak ada proses undi tidak percaya di dalam Dewan Undangan Negeri Perak maka Nizar Jamaluddin masih kekal sebagai Menteri Besar.

Yang pasti Hakim berkenaan tidak ada memutuskan supaya DUN perlu dibubarkan. Walaupun begitu, Nizar dilaporkan akan menghadap Sultan Perak untuk memohon perkenanan pembubaran DUN.

Sekiranya Tuanku Sultan Perak tidak memperkenankan (sekali lagi) permintaan pembubaran itu maka pintu untuk persidangan DUN bagi mengukur majoriti akan terbuka luas - suatu opsyen yang amat wajar, jimat wang dan paling cepat menyelesaikan kemelut politik Perak.

Yang pasti tidak ada penyokong BN yang menghalang kereta hakim dan baring di atas jalan raya.

Friday, May 8, 2009

Bagaimana Teknik Terbaik Mengalihkan Siva?

Dan begitulah pembangkang: Kit Siang et al. Mereka mengalihkan pandangan rakyat daripada isu asasi dengan menggunakan teknik ilusi.
:
Mantan Speaker Perak Sivakumar dialihkan/disingkirkan daripada jawatannya dengan suara majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri Perak dan bukan pada persidangan di bawah pokok. Apabila Siva tidak mahu berganjak (setelah dialihkan mengikut peraturan DUN) dari tempat duduk Speaker walaupun telah diarahkan berkali-kali oleh Timbalan Speaker, apa yang perlu dibuat?
:
Sudah tentulah ini tugas para bentara DUN dan tidak salah bagi mereka untuk meminta bantuan polis (penguasa undang-undang) bagi membantu mereka secara kudrat.
:
Samada Siva tertonggek, terheret, lantaran dia mengeraskan tubuh badannya itu adalah kejadian kolateral. Aksi Siva adalah hukum cause and effect. Dia perlu dialihkan secara fizikal setelah dia dialihkan secara undian.
:
Maka, kenapakah pihak pembangkang berkeras membayangkan bahawa perbuatan bentara (dan anggota polis yang membantu mereka) melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai perbuatan tidak demokratik?
:
Jelaslah bahawa DAP tidak membayangkan Democratic Action Party tapi lebih kepada Demokeras Aksyen Pembangkang.

Thursday, May 7, 2009

Rule Of What? I Beg Your Pardon...

Rule of Law... itulah yang biasa kita dengar dari peguam, ahli politik dan semua orang yang biasa dengannya.
~
Tapi paling lumrah saya dengar sejak saya di bangku sekolah menengah lagi, ianya datang dari satu seksyen politik iaitu apa yang dipanggil sebagai pembangkang di negara kita. Ianya sering datang dari mereka seolah membayangkan bahawa pelaku-langgar rule of law ini ialah pihak parti Barisan Nasional (BN).
~
Ironinya, pembangkang sekali lagi membuktikan bahawa pelanggaran rule of law ini bukan kebiasaan bagi BN, tetapi lebih kerap dilakukan oleh pembangkang sendiri. Buktinya ialah Sidang Dewan Undangan Negeri Perak pada hari ini 7 Mei 2009.
~
Persidangan hari ini membuka lembaran baru dalam sejarah mana-mana persidangan Dewan di Malaysia, ia malah memecahkan mana-mana rekod yang pernah dicatatkan di Dewan Rakyat sekalipun.
~
Catatan kekecohan tak perlulah saya notakan kerana jika kita masuk saja blog roll citrawan A Voice, Another Brick In The Wall pasti anda akan temui catatan yang cukup banyak untuk dibuat rujukan.
~
Apa yang saya nak ajukan di sini ialah kegagalan nyata pihak pembangkang di DUN Perak (DAP, PAS dan PKR) untuk menjunjung maxim Rule of Law ini. Mereka telah dengan buta demokrasi memijak prinsip-prinsip keputusan majoriti (oleh ahli-ahli Dewan), peraturan persidangan DUN Perak, bahkan konvensyen juga common sense.
~
Lantaran keghairahan mengambil kembali kuasa yang telah luntur akibat kehilangan majoriti di dalam DUN Perak, pembangkang menjadi alpa akan perkara asas mengenai demokrasi dan perimeternya.
~
Mereka lupa bahawa majority rules adalah tunggak demokrasi. Mereka lupa bahawa jawatan Speaker adalah kapasiti yang dilantik oleh DUN melalui usul dan undian. Mereka juga lupa bahawa jika sesuatu entiti itu - samada bertulis dalam peraturan, dan/atau secara konvensional dan/atau common sense - ada kuasa melantik maka ia (entiti) juga ada kuasa untuk memecat.
~
Mantan Speaker Sivakumar dipilih secara majoriti oleh Dewan dan Dewan yang sama juga telah melucutkan jawatan itu daripadanya secara undi majoriti. So, what's the beef?
~
Say what? Rule of law? I beg your pardon, Kit Siang et al.

Thursday, April 23, 2009

Now, What Constitutes A Proceeding?

I am not a lawyer and neither am I an ex-judge. So what I may say here may not be of any legal value. But to quote Lord Atkin - as quoted by N H Chan, (a former judge I believe to be) in his recent article which was further quoted by Lim Kit Siang in his (Kit Siang) latest write-up - in that:

"Justice is not a cloistered virtue: she must be allowed to suffer the scrutiny and respectful, even though outspoken, comments of ordinary men".

Being an ordinary man, as expounded by Lord Atkin and further reaffirmed by N H Chan, I do have some authority to have my say.

In rebutting Nazri Aziz, the de-facto Law Minister, Chan pointed that Article 72(1) of the Federal Constitution is a sanction for Perak State Assembly Speaker, Sivakumar to do as he wishes including to suspend the Perak MB Zambry Abd Kadir from the DUN sitting. Do read what Chan has said to put things in context. Below is letter of Article 72(1):

72. (1) The validity of any proceedings in the Legislative Assembly of any State shall not be questioned in any court.

If I may ask, does a decision made outside the sitting of the DUN constitute a proceeding of the Legislative Assembly concerned?

If that's the case thenI wanted more to be a Speaker rather than an MB/CM. I'd suspend the Chief Executive of the State from the DUN and approve bills at my whim and fancy.

Wednesday, April 22, 2009

Penantian Penanti

Tanding atau tidak? Semua pihak - yang masih ada tenaga mengikuti perkembangan politik tanah air - sedang menunggu keputusan daripada YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional merangkap Presiden UMNO.

Tahap keghairahan 'semua pihak' itu tidak sama kecuali mungkin Brader Anwar Bin Ibrahim yang sentiasa ghairah duarah : menang tanpa bertanding atau menang dengan bertanding, dua-dua pun Anwar tahu PKR sudah 'masuk'.

Bagi (pertubuhan tak berdaftar) Pakatan Rakyat, samada PKR dan DAP bertelagah, Penanti is a shoo-in, sure win. Bagi mereka - jika ada pertandingan - menang sudah pasti, cuma jumlah undi majoriti yang diperolehi saja belum tahu.

Andainya ada pertandingan dan BN menyertainya apakah hikmah yang boleh dilelas daripada satu lagi kekalahan yang sudah pasti? Barangkali cuma satu indikasi, yakni sejauh mana momentum kepulangan majoriti pengundi Melayu ke pangkuan UMNO-BN.

Tren peralihan pengundi Melayu ini yang terpercik di Bukit Gantang entah dapat dilestarikan oleh BN apatah lagi bila impak pelantikan Najib sebagai PM sepatutnya sudah meresapi ke minda pengundi Melayu.

Bolehlah dikatakan bahawa antara cerapan di Bukit Gantang ialah lebih 6 tapi tak sampai 7 daripada setiap 10 orang pengundi Melayu telah memangkah BN. Ianya tidak mencukupi walaupun peratusan pengundi Melayu melebihi 60% daripada jumlah keseluruhan pengundi yang berdaftar.

Apakah maknanya itu bagi UMNO-BN? Yang jelas UMNO-BN masih memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 40 hingga 50% pengundi bukan-Melayu untuk ia memenangi sesuatu kerusi. Ini kerana secara realiti - dulu, kini dan selamanya - UMNO tidak akan mencapai 80% sokongan pengundi Melayu dan yang optimum ia boleh rangkum sekalipun ialah sejauh 75%.

Realitinya UMNO tidak boleh berdiri sendiri dengan mengabaikan peranan parti-parti komponen lain seperti MCA, MIC dan Gerakan (di Semenanjung).

Persoalannya, bagaimanakah MCA, MIC dan Gerakan boleh menjadi rakan kongsi yang efektif kala genting ini? Mereka perlu bermula dengan melihat di dalam diri mereka sendiri dan berhenti dari terus khayal dalam sindrom penafian.

Najib dah bagi muka kepada MCA dan Gerakan dalam pembentukan kabinet pentadbirannya yang julung kali. Jadi, sudah bersediakan mereka untuk membalas budi itu?

Maka, selain kita menanti keputusan BN mengenai penyertaan dalam DUN Penanti, kita juga menanti respon MCA dan Gerakan terutamanya.

P/S Meantime Samy, take a permanent vacation and leave MIC to the next able leader, until then don't expect Najib to be all ears to MIC's demand.